Sunday, August 21, 2011

No to Baju Raya, Yes to Kuih Raya.

Tengok kiri, budak tengah try baju raya baru. Buka facebook, berlonggok post shopping raya. Tapi aku macam ndak da perasaan dengan baju-baju baru ni. Those days when I was excited on getting new clothes and shoes for Raya already long gone.

Tahun ni cuma pakai baju kuliah baru. Thank God, aku pelajar pendidikan. So baju kurung, kebaya memang berderet dalam almari. Walaupun tidak sefancy mana, tapi tetap elok. Bab kasut, maybe akan beli sebelum balik KK. Kasut untuk kuliah.


Adunan biskut Butter plus Oreo. Oreo dikisar halus.

Tapi ada satu part Raya ni aku tunggu-tunggu, which is making kuih raya. Seberapa sibuk pun orang di rumah ni, kami tetap akan buat kuih raya, at least satu jenis. Lepas tu of course campur dengan kuih tunjuk a.k.a kuih beli. Memang suka buat biskut. Padahal aku bukannya minat masak pun. Tapi bab kuih, ringan kaki aku ke dapur.


Ni lah hasil biskut Butter plus Oreo tu. Not that attractive but yummy.

Raya-raya sebelum ni aku kurang buat kuih sebab last minute balik kampung. So balik ja, melimpang-limpang depan TV, malas ke dapur. Memandangkan tahun ni aku dan cousin-cousin dah lama cuti semester, so kami dah pasang azam untuk kerjakan kuih sebanyak yang mungkin.


Ni ada filling coklat dalamnya.

Orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi ja boleh bertahan di dapur yang panas, menguli adunan untuk 100 keping, lepas tu sambil menguli budak kecik di sebelah yang ndak puasa tengah teguk air sejuk ....jadi aku agaknya termasuk dalam golongan yang bertahan (ya, ya, ya aku tengah puji diri sendiri). Bila keluar dari dapur muka macam baru habis marathon 25km.

p/s: Terima kasih kepada cik Mawar, sahabat setia yang selalu bantu aku dalam bab-bab masak.

14 comments:

Wani said...

wahhhh.
dah mula buat kiuh la ni.

Siti Zalikha Mohd Ridzuan said...

wahhh..suda bt kuih raya...nnt mesti dtg ni..hahaha

Isabel said...

Anne, tinggal2 kan sikit bawa balik kk ya. Mau merasa..haha

Gen2Merah said...

waahh, dah sedia banyak kuih raya ye... ehehe.. nanti raya saya bertandang rumah simply soul ye.. d merotai kan.. nanti kami serbu tau.. ehehehe

sara zainol said...

hantar sini sikit boley?

leya said...

hehe pakai je baju mane yg ada kan org bukan tau pon hehe...waa pandainye buat kuih raya..kemas dan tertib jek..mesti sedap tu..

akoo pae said...

uu sdapnye biskut butter+oreo tuu..
bak sket..=p

nowriz said...

sama la dear.. sy pun teda baju raya.. pakai baju yang ada seja.. sy hujung minggu ni baru plan2 mo buat kuih batang buruk.. hihi.. ;)

SimplySeoul said...

Wani: Ya dah mula buat.

Siti Zalikha Mohd Ridzuan: Jemput datang raya nanti.

Isabel: Boleh bah Kak. Nanti saya bawa pi KK. Kalau habis pun saya buatkan baru.

Gen2Merah: Merotai tu Kg pak. Tapi saya tinggal di Pasir Putih...hehe

sara zainol: Sara tinggal mana? hehe...xmau try resepi ni?

leya: Hehe...tapi dlm2 tertib dan kemas itu, stress juga kerjakan kuih raya ni hehe.

akoo pae: Hehe cuba try buat...senang ja.

nowriz: Ngam sudah tu kalau batang buruk sis...hehe.

Pink Diva™ said...

Wah!!!..kuih oreo fave my youngest bro..hehe:)

SimplySeoul said...

Pink Diva: Hehe, ya sis. baru tau resipi ni. First time cuba ni...

hElfiS said...

wah best..mesti sedap ne...hehe

sakurasue said...

wah mcm sedap je butter+0reo tuh.
nk resipi.hihi

SimplySeoul said...

hElfiS: hehe...kalau sy rasa sedap..Xtau pula kalau org lain hehe.

sakurasue: Nanti google biskut butter punya resipi. Then kisar satu pek oreo sampai halus, campurkan ja ke dalam adunan biskut butter.