Saturday, September 10, 2011

Akulah anak perempuan itu.

Minggu ni ada orang search nama pak aku di intenet. Hopefully dia search orang lain yang nama sama. Kalau pak aku lah yang dicari, sorry sangat-sangat pak aku tiada online profile.



Tadi aku merengek-rengek macam mintak flying kick, 'alaa besok balik ums sudah'. My pak cuma ketawa kecil. Tiap kali mau mulakan sem baru aku mesti muhasabah diri sekuat yang mungkin. Takut niat yang dipasang tidak cukup kuat, akhirnya terpesong.

To my bapak yang cool...

Pak, anakmu akan masuk tahun ke-3 di universiti. Anakmu jujurnya balik ke ums kali ni dengan impian yang lagi besar. Untuk kejar ilmu sebanyak yang mungkin, naikkan lagi pointer dan kumpul pengalaman di universiti. Doakan agar anakmu tidak terleka, tidak lupa diri dan tidak terpengaruh dengan duniawi yang confirm buat aku lalai.

Baru-baru ni mak ada cakap pasal anak saudara lelaki yang Tingkatan 1 dah pandai merokok. Tiba-tiba pak cakap 'ni lah bagusnya anak perempuan, hati diorang lembut'. Aku tengok kiri, aku tengok kanan. Akulah satu-satunya anak pak. Pak refer hati lembut tu untuk aku. Selagi ada nafasku, hati ni akan sentiasa lembut untuk pak.

Aku ni umur ja 23 tahun tapi kalau makan ikan, bapak yang kuiskan ikan tu. Sentiasa menjadi anak kecil di sisinya. Kalau boleh sampai keja pun nak pak hantar keja hari-hari. Ni sayang bapak ke atau nak menyeksa. Haha.

Terima kasih pada Ct Hajar yang review blog. Terapung-apung aku baca bab manis and sweet tu. Kau lagi manis dik...



p/s: hati ni sentiasa insaf bila ingat mak dan bapak. moga sentiasa begitu. amin.

8 comments:

Pink Diva™ said...

keep stay like that dear..:)

Wani said...

wahhhh anak bapak ni :))

Nani said...

Alhamdulillah dik... jgn jadi kakak mu yg degil ni, bila suda kawin nasib insafla juga hehe....

hamzah ian said...

bagus bagus.

Wawa.Wafiyyah said...

comel nye ckp cm tu kt pak..hehe

H.J said...

kim salam kat ayah eh..ehe

Kancil 8349 said...

semoga impian tercapai dan ibu bapa akan merasa bangga apa yang telah kamu capai...jangan kecewakan mereka semua...

Ummi_Rosalicious said...

pasang niat yeah~! :D