Sunday, October 30, 2011

Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah.

Date: 30 Oktober 2011
Time: 8.00 am till 2.15 pm
Venue: Kompleks, Dewan Kuliah Pusat, UMS.

Program ni dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan YAB Tan Sri datuk Panglima Haji Muhyiddin bin haji Mohd Yassin, TPM negara kita. Highlight event tu, of course Ucaptama dari TPM kita.

Aku akui pegi program ni dalam keadaan paksa rela. Ahad, 7.30 pagi, wearing formal clothes (in my case Batik kurung), of course you rather be in bed kan. Tapi dalam malas-malas tu, pegi juga. Aku hadir sebagai salah seorang pelajar IPTA dan mewakili Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa(JAKMAS) UMS.

Pintu masuk utama UMS


Jalan jam gila. Almost 2 km lebih dari venue. Pintu masuk utama UMS jangan cakaplah, memang sesak. Tapi nasib baik kami kena ambik oleh Van UMS, so pacik bus sangat terer mencilok jalan. Kejap ja sampai. Dari pintu gerbang UMS ada jugalah 20 minit.

Venue, Kompleks Dewan Kuliah Pusat

Cakap pasal venue, walaupun aku sudah 2 tahun lebih belajar UMS, tapi ni fisrt time pegi Kompleks Dewan Kuliah Pusat. Masa dapat tahu venue, terus tanya kawan, mana tempat ni. Setau aku cuma Dewan Kuliah Pusat, sejak bila tukar nama ada Kompleks depan tu. Rupanya di bangunan baru. Terlepas juga Wooww dari mulut walaupun sudah lali tengok UMS, sebab Dewan Kuliah Pusat baru sangat sangat besar.

Kesian duduk jauh, so ambik gambar slide ja la. TPM kita tengah Ucaptama.

Kalau tengok tentatif, ada taklimat isu semasa sejam, then taklimat SPR lagi sejam, another taklimat again. Boleh bayangkan macam mana perjalanan program ni. Honestly tertidur in the middle of it. Like tertidur dengan nyenyak. Tapi itu ndak penting, yang paling penting ada makan2. Hehe. Sedap katering tadi. 2 kali makan lagi.
Baju aku asyik berulang-ulang di tiap post.
Ni la Batik JAKMAS, UMS 

GO and NGO yang datang memang ramai. UMNO, JPAM, JPN, Polis2, IPTA/IPTS, RELA, JPNIN, UPKO, etc. Sangat berbaloi kalau ada yang berniat untuk sosial. Bukan sosial yang bukan-bukan, tapi mengeratkan silaturrahim. Bila lagi mau kenal-kenal dengan Pegawai-pegawai, penjawat am kan.

Overall, syukur dapat peluang pegi. Bukan selalu dapat peluang gini. Alhamdulillah diberi kesempatan. Input pun sangat banyak dapat (personally). Suka dengan Ucapan Aluan, Exco Penerangan Negeri Sabah dan sangat tertarik dengan Taklimat Keselamatan Negara.

1 comment:

merahitujambu said...

bestnyaa..lama x jengah sini..lain dh agak penin2 ckit..