Sunday, October 30, 2011

Majlis Ramah Tamah Pengurusan Kolej, JAKMAS & PDRM Bersama Pelajar Baru

Warning. Post yang sangat lapuk. Read at your own risks la ya.

Date: 07 September 2011 (See, lama gila)
Setting: Kolej Kediaman Kingfisher, UMS.
Time 7.00 pm

Trivia program ni

1. Program ni agaknya sudah 18 kali tukar nama. Dari 'Rumah Terbuka Hari Raya', di proposal pula letak nama 'Majlis Ramah Tamah Raya....'. Then sampai ke habis raya, ndak juga berjalan program ni. So terpaksalah tukar nama kepada yang ndak berapa ada raya sangat. Akhirnya selepas beberapa proses pengubahsuaian, kami JAKMAS sepakat letak nama program...

'Majlis Ramah Tamah Pengurusan Kolej, JAKMAS & PDRM Bersama Pelajar Baru'

2. Tengok tiba-tiba ada Polis kan dalam nama program.

3. Program ni pada awalnya ada sesi panik-mempanik sikit sebab blackout. Tempat majlis gelap-gelita. Tapi nekad untuk teruskan majlis. Biarlah MC bercakap tanpa mikrofon ka, makan dalam gelap ka, panas ka. Apa yang sudah dirancang tetap kena jalan. Semua felo sibuk call SESB (kalau di semenanjung samalah dengan TNB). Agaknya operator SESB pun bingung time tu. A bunch of Kingfisher people tiba-tiba naik angin.

Macam kenal la yang dalam slide tu.

4. Dalam 10 minit sebelum VIP sampai electric ada balik. Alhamdulillah. Sebut pasal VIP, yang merasmikan program ni ialah Timbalan Naib Canselor HEPA sendiri. Sangat berbangga.

5. Program ni sebenarnya untuk pelajar baru ramah mesra dengan orang lama. Iyalah orang lama yang aku maksudkan pengurusan kolej, felo-felo, staff-staff, kami selaku barisan JAKMAS. Tapi yang aku tengok banyak datang ialah pelajar Senior Tahun 2 dan Tahun 3.

Tudung sangat tidak match malam itu.

6. Ada banyak obstacles sepanjang perancangan majlis ni. Tapi lumrah la, aku cuma sebagai mahasiswa yang masih kurang pengalaman berhadapan dengan banyak masalah dan permintaan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis.

1 comment:

Gen2Merah said...

lamanya tak singgah blog ni...
ui, sapa dalam slide tu ya... macam pemimpin pelajar yang berkarisma.. tahniah... ehehee