Tuesday, March 13, 2012

Family Day 2012 Kolej KFNR


Family Day 2012, Kolej Kediaman Kingfisher, Universiti Malaysia Sabah.

One word. BEST. Yes. Family Day Kolej Kingfisher sangat best. Walaupun aktiviti cuma tahap aktiviti kanak-kanak Ribena tapi sambutan tu tetap hu ha hu ha. 

Ramai yang nda tau sebenarnya Family Day ni dari bulan November lagi sudah approved dengan HEP UMS. Masa tu kami rancang buat di ODEC. Siapa yang nda tau apa tu ODEC, ni aku cerita sikit. ODEC ni terletak di hujung UMS and ada jeti, pantai, akuarium, hatchery. Tapi iyalah students UMS ni kalau kau buat aktiviti di UMS juga manalah berminat untuk datang. 

Senamrobik yang lebih kepada ketawa hehe.

Kami terpaksa tarik balik list nama tu sebab cuma 20 orang tulis nama. 20 ORANG!!!. Sedih, sakit jiwa bila program penat-penat rancang, tapi yang cuma tulis nama 20 orang. Kami tunda program tu ke semester ni. Kami tukar strategi. Kami bagi TShirt free and tempat diubah ke Lagoon Park, Karambunai. Google la kalau nda tau. 

Sambutannya, aku cuma letak nama sehari. Almost 100 orang tulis. Kami terpaksa tutup penyertaan sebab kuota mencukupi. Lepas tu aku dapat message, call, pm di inbox kalau students boleh ikut lagi. Tapi minta maaf sgt2 sebab nda boleh bawa semua. Sorry ya. 


Orang-orang kuat Family Day kali ni.

Antara pengisian program ni ialah senamrobik, ping pong dalam sudu, futsal, tarik tali, tiup tepung, belon beracun, mandi laut and banyak lagi. Acara paling best aku rasa, lari dalam guni dan tarik tali hahaha. Serious lari dalam guni tu kalau perempuan buat memang ketawa berabis la. Tapi bila students lelaki buat, wowww, macam boleh jadi atlet negara. Sangat tinggi dorang lompat. Haha.

Thank You warga kolej sebab sudi mandi tepung. Bukan selalu kan, Terharu juga sebab dapat sambutan yang baik. Ada insiden gaduh-gaduh manja dengan penganjur. Alaa main tipu time sukaneka tu perkara biasalah kan. Hahaha.



Team Hijau. My super fabulous team

Lagi satu memandangkan Lagoon Park karambunai ni ada Water Sport Centre, aku pun try satu. KAYAK!!!. Mau juga try Jetski. Tapi RM90 untuk 15minit... mahalnya, cash dalam dompet pun nda cukup. Next time aku buat. Kayak cuma RM25 sejam. Lenguh jugalah badan bekayak ni. Balik rumah shoulder, belakang semua sakit.

Ni lah penyebab sunburn yang severe di muka aku.



Kumpulan yang menang is non other than the fabulous HIJAU!!!!. My team. Team HIJAU memang terbaik. Love you all bebeh. Bangga saya pakai baju HIJAU hari tu.
p/s: tq kak stef baca blog.

7 comments:

Nani said...

ada pula karambunai punya macam ni... nah, baru ramai yg ikut haha

Leysa JL said...

waaa,bestnya..teringat aktivi paling last tym matrix dulu..lebih kurang gnila juga..yg paling best bila jd penganjur n aktiviti berjalan dgn lancarnya :)

Aqilah Musfirah said...

I went there last Sunday ;D kamu rupanya tu.. hehehe

Aki said...

wow.. sa sangat suka aktiviti begini.. especially, sa suka jadi punca kekalahan untuk team saya.. Ha ha ha.. :D..

Hana Soffelia said...

Kenangan zaman kampus sangat menyeronokkan.

Mizz ErMa said...

hahaha..letak tempat yg menarik, terus ramai yg nak join yer..oh ya, apa hadiah yg tuan belog dpt sbb team hijau menang kan? hehe

✿ cik pieQa ✿ said...

sangat menarik tertarik dan de bOmb.

wish i can join it. hiiii ~