Monday, April 09, 2012

I wish love is...


  
First time nda balik cuti mid semester. Sepatutnya sekarang aku tengah limpang-limpang di rumah and minta mak masakkan sup jagung and goreng ikan. Ya Allah, sedapnya. Menyesal aku cakap.

Dulu aku selalu juga *ehem* jual cerita *ehem* cinta-cinta dalam blog, walaupun rasanya tiada orang yang mau beli pun. Iyalah, blog aku dulu sangat berunsurkan peribadi. Sekarang blog macam jadi tempat post aktiviti UMS. Berinfo la pula. Macam blog laporan aktiviti pun ada aku tengok. Siap tulis full English, skema amat. Buat masa sekarang cuma selesa kongsi benda-benda universiti. 

I wish I am 16 again and thinking that love is nothing but a fairytale.

Tapi, ye ada tapi. Malam ni aku mau tulis sikit pasal my own thoughts. Lama tidak santai-santai dalam blog. Post ni tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Sama ada yang aku kenal atau tidak. Serious, tiada kena mengena. Saya ulang, langsung tiada kena-mengena. Ini cuma rambles and babbles aku.  

Approach people and you might succeed.  Only if you think he/she worth it.
(But the cats in the picture above are both Jantan, ok maybe the quote is even more applicable, I guess)
Credit: Jen's picture


("Penggunaan 'Dia' dalam cerita di bawah tidak merujuk kepada sesiapa")

Kalau la aku boleh bercinta tanpa memikirkan sejarah dia yang dulu. Iyalah, kalau umur 24 kan, mestilah ada sejarah cinta-cinta yang dulu. Jadinya kalau kau mau terima dia, kau kena terima sejarah lama dia. Dia mungkin pernah ada 16 girlfriends. Mungkin pernah bertunang, bernikah. Bila fikir jadi risau and insecure.

Love is not about love anymore, it's about decision and responsibility.

Kalau la aku boleh bercinta tanpa memikirkan dia lain negeri. Ehh ehh aku bukan ada masalah kenegerian ya. Aku suka semua negeri di Malaysia ni. Tapi yalah, besok-besok kalau jadi jodoh tu, kan kena pikir juga bab lain negeri ni. Tambah lagi orang macam aku yang anak tunggal ni, memang tanah tumpahnya darahku di Tawau la. Lainlah kau becinta time umur 16 tahun dulu dengan budak kelas sebelah, rumah pun situ-situ juga.

I'm not seeking for perfection, I'm someone who fears a lot and ended up being choosey.


Kalau la aku boleh bercinta tanpa memikirkan jarak umur. Umur dia 18 tahun, aku 24 tahun. Agak-agak masuk dalam kategori pedophile? Kalau umur 40 pula. Conversation pun jadi sangat kontra. Sorang matang, sorang cerita benda yang merepek. From trying to be in love, we ended up failed to find the chemistry. 

Don't wait for me to approach you, I might never do so. 

Kalau la aku aku boleh bercinta tanpa memikirkan pasal parents. Parents aku suka? Parents dia bekenan? Kalau yang becinta ke arah bina masjid tu memang akan pikir benda ni. Kalau becinta ke arah meruntuhkan masjid tu aku no komen lah. Balik kepada cerita parents, so let's say parents tidak suka? Paksa? Kahwin lari? Kalau pun lelaki tu tetap pendirian, then kahwin, tapi besok2 mertua antara pandang nda pandang pula. Sanggup?


When "thinking" comes before "loving" in a relationship, you'll lose the spark.

p/s: I'm so single yet so not availabe. Currently available to 'have fun'.

12 comments:

Unknown// said...

kw pun anak tunggal? wee, kta sma haha

Kancil 8349 said...

dah lama ndak singgah ke sini....jangan risau sangat...ramai yang masih bujang di sana

El-Janna said...

hehe relationship byk betul dugaannya^^

teha said...

semua nya kalau kan.. hahaha !

nGiau said...

yeahh..couldn't agree more with the last quote. huhu. indeed love is not love anymore..huhu

Syillot Jang said...

Hehehe I love taking photos too!

Amiirah-Cassan said...

18 tahun ? seriously ? hehehe sebenarnya, semua ni kalau sudah cinta/sayang, xkan difikir dan xkan jadi isu jugak (: heeee si 'dia' yang xda merujuk sesiapa tu, will think so too .

ejulz said...

kalaulah kbahagiaan milik kami.. ermmm..

Imran nyambek said...

alah baru nak ngurat.

Ummi_R❀salici❀us said...

Love is not about love anymore, it's about decision and responsibility.

yeah... :D

Akeyla Frr . said...

YAY SAMA!!!! ME TOO AKAK <3
BTW, 24 is not old ok ^^V
Enjoy kak ~~~~~~~~

steffany daph said...

dont wory, sma specis ni. single not available. XD nanti2 kalo ada jodoh, pandai la kawen.