Saturday, July 07, 2012

Perginya bapa dari hidupku.


Saat post ini aku tulis, hati redha. Tapi masih bersedih. Aku tahan air mata sambil menaip. Bapa tersayang pergi meninggalkan kami pada jam 1.30 pagi hari Rabu, 4 Julai 2012. 

Bapa memang mengadu tidak sihat selepas balik kenduri jam 7 malam hari Selasa tu. Di kata dia gastrik. Dia muntah-muntah. Mak suruh bapa berehat. Aku tengok ja dia, aku risau tapi aku tak bercakap. Kami lately selalu tidur ramai-ramai di ruang tamu. Jadi malam tu aku baring sebelah bapa. Aku tengok ja dia. Jam 11 macam tu dia bangun balik then cakap dengan mak dia mau pegi klinik. Buat pengetahuan semua, bapa sangat tak suka pegi klinik. Takut. Dan sebelum-sebelum ni juga bapa sihat. Jarang sakit. Bila dorang siap-siap mau pegi klinik, aku tinggal di rumah. Sebab cousin aku yang kecil tu masih tidur. Mak kunci pintu, aku sempat tengok bapa duduk di tangga. Dan itulah kali terakhir aku tengok dia. Aku tak sempat pun cakap apa-apa dengan dia.

Kemudian aku teruskan online di ruang tamu. Hati memang gelisah, tiba-tiba sayu. Aku tergerak untuk charge phone. Biasanya aku malas and biar ja. Beberapa minit kemudian mak call, kata dia on the way pegi hospital. Doktor di klinik cakap ada serangan jantung. Aku risau sangat. Aku cuba tenangkan diri. Kemudian mak telefon lagi cakap, uncle boy on the way pegi rumah, tolong kemaskan baju bapa. Dalam keadaan terkejut dan takut, aku cuba kemas baju bapa. Aku cari sarungnya, aku letak selimut. Kemudian mak call lagi, menangis. Masa tu aku sangat takut. Mak tak cakap apa-apa. Mak suruh aku bangunkan cousin-cousin ku and ikut ke hospital sekali. Aku bangunkan eyen dengan fifi. Bila uncle boy sampai rumah. Dia tidak cakap apa-apa. Dia suruh cepat-cepat masuk kereta and malam tu dia bawa laju sangat.

Sampai di hospital aku nampak mak bercakap di telefon, di luar hospital. Dia bawa aku ke bilik kecemasan. Aku mau cari bapa. Aku mau tengok dia. Mak tak cakap apa-apa pun dengan aku. Dia perkenalkan aku dengan doktor. Kemudian mak dengan cousin keluar sambil menangis. Aku masih tenang. Doktor terangkan keadaan bapa. Aku dengar satu persatu. Dalam hati masih bertanya 'bapa mana?'. Tapi dari explanation doktor aku tau, bapa sudah tiada. Mak masuk balik. Kemudian doktor buka tirai tu. Ada tubuh diselimut. Mak buka selimut tu. Aku tengok bapa pucat. Mak nangis. Mak cium dahi bapa, pegang tangannya. Aku tengok ja. Mak kemudian keluar. Tinggal aku dengan bapa. Aku cium dahi bapa, sejuk. Aku usap badannya. Aku langsung tidak dapat nangis. Aku keluar dan aku duduk di kaki lima hospital. Masa tu hujan kuat sangat. Aku biar ja tempias hujan tu kena aku. 

Satu demi satu keluarga bapa datang ke hospital. Aku masih duduk di kaki lima. Tanganku cuba untuk menyampaikan khabar melalui text. Ada yang sms, call. Aku balas. Selepas subuh, van jenazah sampai. Perjalanan balik ke rumah ku rasa sangat kosong. Sampai di rumah sudah ramai jiran-jiran yang sampai. Semua peluk aku dengan mak. Banyakkan bersabar. Aku bacakan yasin di sisi bapa. Mengalir air mata ku. Laju. Keluarga, jiran yang datang semua mencari aku dengan mak. Bila diorang peluk aku, mesti dorang panggil aku si tunggal. Tunggal si latip. Itulah gelaran orang dengan aku dari kecik sampai sekarang.

Sebelum bapa dimandikan, aku cium dia buat kali terakhir. Aku peluk kepalanya, aku pegang tangannya. Aku menangis kuat-kuat. Aku mau bapa peluk aku balik. Aku tengok rupa bapa, wajahnya seakan-akan tersenyum. Nenek suruh aku lap air mata, jangan kena jenazah bapa. Aku lap dan aku peluk bapa sekali lagi. Sayunya hati tengok bapa sudah tiada. Bukan aku tidak redha ketentuan-Nya. Tapi aku tidak bersedia. Selepas jenazah bapa selamat dikebumikan, aku balik ke rumah dan menangis sampai tertidur.

Aku ialah anak tunggal bapa. Akulah yang tua, yang bongsu, yang degil, yang manjanya. Cuma aku anaknya. Kami cuma 3 beranak. Bapa, mak dengan aku. Aku dengan bapa sangat rapat. Kalau dia hantar aku balik ums, aku cium dua-dua pipinya. Kadang-kadang dia malu orang tengok. Tapi aku cium ja. Kalau kami bertelefon selalunya lebih kepada gurau-guraunya. Mesti ada ja benda yang lawak dia cerita. Dia tidak pernah marah aku, apa lagi pukul aku. Biarlah aku ni degil macam mana pun. Bapa tidak pernah marah aku.  Selalunya dia cuma tegur aku perlahan-lahan. Itulah bapa, sayangnya dengan aku tidak ada bandingnya.

Allah maha kaya mengatur umatnya. Biarpun pahit, sakit. Tapi yang hidup perlu diteruskan. Moga Allah kuatkan semangat mak dan aku. Al-Fatihah untuk arwah bapa tercinta, Abd.Latip bin Idris. Tempatkanlah arwah dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Rindu dan akan sentiasa merindu.

21 comments:

DoRa Priscilla said...

Takziah T.T He is in a better place

nurdani said...

i'm sorry for your loss. menangis bila baca entri ni dari awal sampai akhir. semoga arwah ayah awak ditempatkan di kalangan orang beriman.

Ann said...

I'm sorry for your loss.I know exactly the feeling of losing someone in your life. Keep strong. God bless ur family.

Anisa Hang Tuah said...

takziah dear

Anisa Hang Tuah said...

takziah dear

Anne Nurain said...

takziah..
smoga arwah bapa mu ditempatkn dlm golongan mreka yg beriman..
sedih baca smpai nangis..
harap kmu tabah..

Vaizura Azmie said...

Be strong unnie.Semoga roh arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ety Salbiah Abdurrasik said...

Hye dear..i was shocked to read this entry from you.anyway,i hope you and family deal all the trials with patience and be strong yaa..may god bless u father..ameen..

safiah sokher said...

Takziah kak.La tahzan.Allah is with you.Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Beatrice Bianus said...

i am so sorry...:( be strong....

sebak baca entri ni :(

Gunaqz said...

I'm sorry for your lost. May his soul rest in peace. *hug*

Gunaqz said...

I'm sorry for your lost. May his soul rest in peace. *hug*

Unknown// said...

be strong, we're here to give u support :)

Elysa Sofia said...

takziah..kuatkan hati dan redha :)

ciKk rynN said...

takziah..be strong k :)

Nani said...

salam takziah dik, terkejut baca entry ni, aku tau kau anak yang tabah... syukurlah, kau dihujung pengajian, aku nda risau masa depan kau dan mama mu... bapa kau pun pergi dengan lega juga. pergi dengan tenang dapat anak bertuah. Insya Allah.

SimplySeoul said...

Salam semua kepada yang memberi ingatan, ucapan, doa, dan kata semangat. Amin Amin.

Mudah2an diberi kekuatan. Al-fatihah untuk bapa.

terima kasih semua. Salam sayang.

MizzTina said...

salam takziah.. sy fhm perasaan bila kehilangan..

DayaMohamed said...

akak sangat kuat sebb tu Allah uji macam ni. byk2 sabar dan iringi doa. :)

belle said...

be strong. condolence from me . followed u sis (:

ϟ Zeera AzZahra said...

salam takziah buat awak.. serta-merta saya teringatkan bapa saya yg berada di kampung.. insaf mengingatkan bahawa saya jarang menelefon dan balik menjenguk dia.. awak buat saya sedar sesuatu, menghargai sebelum kehilangan..

saya pasti bapa awak sangat berbangga mempunyai anak seperti awak. doa saya semoga arwah sentiasa berada dalam rahmatnya..

jgn lupa, ibu masih di sisi. jagalah dia sebaiknya.. :')