Tuesday, September 25, 2012

of lyn and danial


Sebab kenapa aku balik awal dari rapat umum Kampung E tu hari. Hahh! ni lah sebabnya. Konon mau la celebrate sikit-sikit sebab secara official nya, tarikh hari berkenaan (25 september 2012) merupakan tarikh pembubaran Jakmas. Feeling sedih plus terharu jugalah. So kami plan keluar ramai-ramai. 

Tapi kali ni diselitkan birthday surprise si kawan ni. Belated birthday sebenarnya. Aku rasa ni sambutan terpaling belated la. 29 Julai kot. Now dah hujung september. Sayang punya pasal, kan lyn? haha.

So plan punya plan. Last-last kita buat secara spontan. Padahal kemain lagi sebelum tu nak berlakon la, marah-marah la, hilang la, hadoiii sangat plan kita lyn. haha.

Message she wrote on the cake ;) shuwiitt.

Masa kek di tangan pun satu hal lagi. Nanti dia nampak pula. Terpaksa used this one convenient store yang baik hati untuk simpan kek tu. Thank you, thank you.

Yang lucunya bila surprise kan birthday boy yang tengah karoks, siap dia boleh nyanyi lagu happy birthday sekali. Sangat clueless with what's going on. Ingat untuk orang lain. Well aku tak salahkan dia. Again, 29 July, siapalah expect celebration in september. haha.


Left: him, right : belongs to him


Dah sudah tiup-tiup lilin, nyanyi lagu zombie, nur nilam sari semua. Gerak pegi makan. Baru pegi makan. Jam dekat 11 malam. Padahal plan first ingat mau isi perut. Aku pun tak dinner lagi. It's okeay, surprise mesti diutamakan.

Makan pula ikan bakar. Terus ingat arwah my dad. Ni favourite food kami. Kalau aku makan dengan dia, mesti dia tolong kuiskan ikan tu untuk aku. Tua bangka macam ni pun masih gitu. Betapa manja mengadanya aku. Miss u so much.

Aku lahir 22 Julai, belum terlambat lagi untuk siapa-siapa yang sudi surprisekan *wiggle eyebrows* Silakan, terima kaseh. keke.


Happy Birthday Danial. May Allah bless you and Lyn. Take care of each other. 
I love u lyn. Glad to see you happy.

1 comment:

Aki said...

Surprise!!! :D.. hahaha.. ni utk ko ah.. :p.. sa pula lupa bila birthdate sa.. :D