Wednesday, September 26, 2012

Part 3: Pilihanraya UMS 2012



mensyukuri segala nikmat, yang dikurniakan di dunia.


Hari terakhir, kemuncak segala-galanya. Selepas beberapa hari melalui proses berkempen. Ni lah harinya. Mungkin muka surat terakhir sebuah jalan cerita, tapi prolog sebuah perjuangan.

Peace sign is very significant for us. Undilah calon umum anda, calon umum nombor 2. 


Day 5, 25 september 2012 (selasa): Pilihanraya UMS

Ni lah hari penentu selepas beberapa hari berkempen. Seawal jam 7.00 pagi gerak ke tempat pembuangan undi. Emm tak lah 'buang' sangat. Click-click only, e-voting. Hujan ternyata pendamping setia kami. Berdebar-debar memikirkan macam mana hari ini akan berakhir. Yang bertanding lagi la resah.

Sempat lagi hadir ke kelas, dengar taklimat psmp, gurau, cerita kpop dengan kawan dalam kuliah. Then kembali semula ke pusat mengundi. Oh yaa, btw aku dah dapat Kad Diskaun 1Siswa. Pegi KFC boleh dapat diskaun. Nyum nyum.

Calon nombor 2 berlatar belakangkan sekitar pusat mengundi.

Sebelum keputusan diumumkan, calon nombor 2 pegi 'jemput' satu berita gembira dulu. Oh yeahh cik Whitney dah keluar. Mungkinkah ini permulaan untuk satu lagi khabar baik malam nanti?


kau berikan ku kekuatan, untuk berpegang pada jalan, walau penuh dengan cabaran, 
ku tahu ku adaMu Tuhan.


Keputusan diumumkan dan kami.......cuma menang di hati. Mungkin bukan rezeki kali ni. Aku, yang cuma jentera, agen tidak berpencen ni pun rasa sedih. Sedih sangat, dan kecewa. Tapi sudah begitu pena takdir. Insha Allah ada hikmah di sebalik setiap perkara.

Keputusan piliharaya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013, Universiti Malaysia Sabah.

Kami gerak ke kampung-kampung dan pondok bas untuk mula bersihkan poster. Nanti kena denda. Sambil bersihkan sambil kepala teringatkan kenangan berkempen. Melatah session, out of the blue talking about belting, si bos yang tak pandai penat, masa berkempen di library siap intip-intip dari rak buku, tidur cuma 2 jam, berhujan tampal poster, ikat banner.

Malam ditutup tirainya dengan sesi makan-makan yang ditaja oleh .... oleh siapa ehhh?. Well pokoknya kitorang makan and blah. haha.

We order random things sebab baru ja habis melantak di kedai mamak. 


kerna Kau yang satu, yang setia bersama ku, dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu,
ku tahu ku adaMu disisi ku selalu, bantulah hambaMu mencari keredhaanMu.


Lirik AdaMu daripada Najwa Latif


Saya percaya, manisnya sebuah pengalaman tu bila kita ikhlas :)

No comments: