Sunday, June 19, 2016

Fakta Mengenai Pemakaian Flip Flops


Assalamualaikum and Hi,


Tiada siapa boleh menafikan bahawa pemakaian flip flops sememangnya memberikan keselesaan yang paling optimum kepada si pemakai lebih-lebih lagi ketika hari cuti di hujung minggu. Majoriti daripada kita lebih selesa memakai flip flops dengan padanan jeans dan baju-t untuk penampilan yang kasual dan santai. Saiznya yang kecil dan ringan membuatkannya paling ideal untuk dibawa bercuti. Namun, anda harus tahu beberapa fakta mengenai pemakaian flip flops agar ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan pada kedua belah kaki anda ok?






Pastikan saiz betul
Sebelum anda membeli mana-mana flip flops, pastikan anda membeli saiz yang betul. Elakkan daripada memakai flip flops yang terlalu besar atau terlalu kecil. Ini boleh menyebabkan kaki anda mengalami kecederaan.


Arch Support
Sakit belakang mungkin berpunca daripada kaki. Pakai flip flops yang direka dengan arch support pada bahagian tapak. Arch support memastikan tulang belakang, pinggang dan lutut dalam keadaan selari. Jika anda ingin memakai flip flops tersebut dalam tempoh yang agak lama, elakkan daripada memakai jenis flip flops yang bertapak rata.


Pastikan tiada iritasi pada jari
Sedia maklum bahawa pemakaian yang terlalu lama kadang kala boleh menjadi punca kepada masalah iritasi atau melecet pada bahagian jari anda. Material flip flops terdiri daripada getah, plastik atau fabrik. Pastikan ianya tidak bertoksik dan kemudian menyebabkan alahan kepada kulit. Plastik yang mengandungi BPA mengundang penyakit yang lebih serius.


Jangan pakai flip flops yang sudah rosak / terlalu tipis
Pastikan keadaan flip flops tersebut masih elok dan tidak terdapat sebarang kerosakan. Flip flops yang sudah terlalu lama dipakai biasanya akan menjadi lebih tipis pada bahagian tapak. Flip flops yang menipis mengundang bahaya kepada tumit kaki kerana impak yang berlebihan dan mengganggu postur tubuh.


Jangan memandu
Bab ni sangat penting, jangan sesekali memandu apabila sedang memakai flip flops. Banyak kemalangan jiwa telah berlaku yang berpunca daripada keadaan flip flops yang mudah tergelincir. Antara pengalaman panik saya apabila flip flops tersangkut di bawah pedal minyak in the middle of driving. Such a wrong move! Tumpuan pemanduan beralih sebab cuba bayangkan dan locate flip flops tu. Nak tunduk bahaya, kaki pula tak dapat shift ke tekan brek. So, untuk langkah keselematan, lebih baik tukar ke kasut atau kaki ayam terus.



Harap info ni membantu.


4 comments:

Ssan said...

totally agree untuk point pasal arch support...selipar/kasut with tapak yg rata bt kaki sakit...

Stef said...

19 june..sempat cek kalendar kjp utk confirm arini 13 or 20..hehe..

Stef said...

19 june..sempat cek kalendar td utk confirm arini 13 or da 20..hehe..

nuranne said...

Ssan: Hi ssan. Yes, after a while, tumit sangat sakit.

Stef: Pinned post kak stef, so letak dia paling atas until a certain date. <3